Dengan menyetujui Polisi Perlindungan Data Peribadi, anda bersetuju bahawa UKM boleh mengumpul, menyimpan dan memproses data peribadi anda yang diberikan untuk tujuan aktiviti berkaitan seperti program-program latihan, menerima maklumat terkini, berita, promosi dan pemasaran atau bahan dari UKM.
Anda dengan ini memberi persetujuan anda kepada UKM untuk:
- menyimpan dan memproses data peribadi anda;
- mendedahkan data peribadi anda kepada pihak kerajaan atau pihak ketiga yang dikehendaki oleh undang-undang atau untuk tujuan undang-undang.
Di samping itu, data peribadi anda boleh dipindahkan ke mana-mana agensi lain di bawah UKM. Untuk tujuan pengemaskinian atau pembetulan data peribadi anda, anda boleh pada bila-bila masa memohon kepada UKM untuk mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh UKM.
Untuk mengelakkan keraguan, data peribadi yang dinyatakan adalah semua data yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 termasuk semua data yang anda telah nyatakan kepada UKM.